Wednesday, November 4, 2009

Credit Note

Hari ni terpaksa bergegas untuk hantar Nota Kredit (credit note) kepada Kolej Unity untuk selesaikan banyak invois yang telah tertunggak dari bulan Ogos lepas. Jumlah Nota Kredit bernilai hampir RM5k. banyak jugak bahan yang tidak dapat dibekalkan.

Disamping itu berjumpa Lynn (bahagian perolehan) untuk serahkan Quotation untuk pembelian aset perpustakaan seperti:
  • Rak
  • CD cabinet
  • Tall displayer
  • Stool
  • Trolley
Minggu depan Kolej Unity akan mula berpindah ke premis baru.

Monday, August 17, 2009

First Client


Pada tanggal 13/08/2009 pihak syarikat pertama kali telah membekalkan buku kepada pelanggan pertama yang mana telah menyerahkan Invoice/D.O. bernilai hampir RM5,000.00 kepada perpustakaan College Unity di Petaling Jaya.

Bakinya mungkin akan diserahkan lagi bila Axile menerima bagi tempahan pada masa akan datang.

Seterusnya Axile akan cuba untuk membekalkan kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), yang mana pada sebelum bbulan puasa Axile akan menhantar Katalog yang telah dipilih oleh pensyarah kepada perpustakaan UTM untuk dibuat Purchase Order.

Axile masih lagi menunggu kelulusan dari Pejabat Kewangan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) untuk disenaraikan sebagai salah satu pembekal kepada Perpustakaan UIA.

Wednesday, February 11, 2009

Pelekat (sticker) Syarikat


Urusan dipermudahkan dengan membuat pelekat berlogo dan beralamat syarikat untuk pelbagai tujuan.

Salah satu bagi menampakkan katalog yang diserahkan adalah hak milik Axile Resources. Kesilapan pihak yang mengeluarkan PO (Purchase Order) mungkin tidak akan terjadi dengan menampal pelekat demikian.

Contoh sticker telah ditampal

Thursday, January 22, 2009

Daftar Sebagai Pembekal Di UTM

20hb Jan 2009, Selasa jam 7.00 pagi terus bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke UTM Skudai, Johor. Jam 10.45 pagi baru lah tiba di UTM, dan terus menuju ke Perpustakaan bagi menghantar 'company profile' dan seterusnya pergi ke Pejabat Bendahari bagi membuka akaun sebagai pembekal. Ingatkan susah rupanya senang sahaja, janji cukup semua syarat. sekiranya tiada folio 'company profile' apa yang perlu hanyalah salinan pendaftaran syarikat dari ROB, salinan sijil dari Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) beserta kod bidang yang telah dipilih.
Jangan lupa untuk membawa cop rasmi syarikat bagi mengesahkannya. Juga sekiranya syarikat berstatus bumiputera, sertakan salinan sijil berkenaan jugak.

Habis segala urusan terus balik ke Kuala Lumpur.

Thursday, January 15, 2009

Sijil dari MOF


Setelah lama menunggu, akhirnya syarikat telah menerima sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Kementerian Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Banyak masalah untuk mendapatkan sijil ini, antaranya bahan tidak sampai. Sijil yang di poskan melalui pos laju ni pun diambil di pusat serahan Pos Malaysia Cawangan Taman Melawati. Selepas ini nak kena tunggu pulak Sijil taraf Bumiputera.


'Card Reader' telah pun ditutup kat pusat serahan mel. yang muskhil kad pintar belum pun lagi terima.