Thursday, January 22, 2009

Daftar Sebagai Pembekal Di UTM

20hb Jan 2009, Selasa jam 7.00 pagi terus bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke UTM Skudai, Johor. Jam 10.45 pagi baru lah tiba di UTM, dan terus menuju ke Perpustakaan bagi menghantar 'company profile' dan seterusnya pergi ke Pejabat Bendahari bagi membuka akaun sebagai pembekal. Ingatkan susah rupanya senang sahaja, janji cukup semua syarat. sekiranya tiada folio 'company profile' apa yang perlu hanyalah salinan pendaftaran syarikat dari ROB, salinan sijil dari Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) beserta kod bidang yang telah dipilih.
Jangan lupa untuk membawa cop rasmi syarikat bagi mengesahkannya. Juga sekiranya syarikat berstatus bumiputera, sertakan salinan sijil berkenaan jugak.

Habis segala urusan terus balik ke Kuala Lumpur.

Thursday, January 15, 2009

Sijil dari MOF


Setelah lama menunggu, akhirnya syarikat telah menerima sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Kementerian Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Banyak masalah untuk mendapatkan sijil ini, antaranya bahan tidak sampai. Sijil yang di poskan melalui pos laju ni pun diambil di pusat serahan Pos Malaysia Cawangan Taman Melawati. Selepas ini nak kena tunggu pulak Sijil taraf Bumiputera.


'Card Reader' telah pun ditutup kat pusat serahan mel. yang muskhil kad pintar belum pun lagi terima.