Tuesday, November 25, 2008

Buku Cek

Siap juga urusan bank hari ni, maka terimalah sebuah buku cek yang mengandungi 100 keping cek yang tidak diketahui lagi akan digunakan atau tidak. Urusan perbankan untuk akaun semasa ('current account') hanya boleh melalui Perbankan Telefon ('PhoneBanking'). Dalam akuan baru masukkan deposit RM2000.00 sahaja minggu lepas. Lepas ni nak kena masukkan lagi RM8000.00 bagi mencukupkan aliran tunai/modal berjumlah RM10,000.00 untuk syarikat.

Tadi terus pergi ke Pejabat Urusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut. Tapi dapat pergi ambik borang sahaja lah, sebab kad pengenalan belum lagi dibuat salinan. Maka esok akan bersambung lagi urusan yang amat melecehkan ini.

Thursday, November 20, 2008

Motorsikal baru


Beberapa hari lepas ada menyatakan yang syarikat ada membeli sebuah motorsikal bagi memudahkan urusan harian. Ini bagi mempercepatkan urusan memandangkan syarikat terletak betul-betul di bandar yang sememangnya umum ketahui dengan masalah kesesakan yang tak pernah surut.

Semoga motorsikal ini digunakan dengan sebaiknya.

Plet nombor pun nampak cantik, WSA 2855. Jenama Suzuki dengan model Revo 110cc. Harga atas jalan RM5000.00 lebih kurang.

Wednesday, November 19, 2008

Maybank Caw. Setiawangsa

Semalam dah pergi buka akaun syarikat, dengan meredah hujan yang amat lebat kami tawakal sahaja agar tak terbantut lagi kerja.
Hari jumaat kalau tiada aral maka siaplah akaun dan buku cek akan diterima. Cuma semalam yang bermasalah hanyalah pengarah syarikat sebab kad pengenalan dia tak dapat dibaca oleh pengimbas mykad.

Apa yang perlu bawa pada hari jumaat ni hanyalah wang deposit tunai atau cek sebanyak RM2000.00 atau lebih.

Sekali tengok kad untuk buka akaun Maybank ni nampak macam resit pajak gadai sahaja. Untuk akaun syarikat tidak boleh semak akaun macam M2U, tapi hanya boleh buat 'phone banking' sahaja. Setiap bulan penyata akan dihantar pada alamat seperti yang tulis.

Monday, November 17, 2008

Company bank


Sepatutnya semalam pergi bank untuk buka 'Current Account' di Maybank cawangan Setiawangsa tetapi terbantut disebabkan oleh pencadang dari Mastercare Business Management, Pn.Noritta belum tandatangan dan cop pada borang berkenaan. Harap-harap hari ini dapat selesai kan hal berkaitan dengan bank ni.


apa yang perlu untuk buka akaun semasa?
  • semua pengarah perlu tandatangan resolusi

  • kesemua penandatangan cek yang tercatit di resolusi wajib hadir di hadapan pegawai bank

  • dokumen yang telah disahkan,cop syarikat serta wang deposit RM2000.00

  • kad pengenalan pengarah dan pemegang saham

P/s: hari ni syarikat membeli sebiji motor cub untuk kegunaan kerja. Suzuki Smash Revo 110cc berharga RM4300.00

Sunday, November 16, 2008

Setiausaha Syarikat

Gambar pejabat Setiausaha Syarikat
Untuk mendaftar syarikat sebagai sebuah syarikat sendirian berhad (Sdn.Bhd), ianya perlu dilakukan dengan melantik syarikat setiausaha berlesen untuk menubuhkan dan mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Rujuk pautan ini untuk lebih lanjut: http://www.ssm.com.my
Axile Resources memberi kepercayaan kepada Syarikat Setiausaha Mastercare Business Management untuk mendaftarkan syarikat dan bayaran sebanyak RM2500 telah dikenakan yang mana merangkumi bayaran:
  • Carian Nama RM50.00
  • Authorized Capital RM1000.00
  • Submition Form 24, 44 and 49 RM100.00
  • Memorandum & Articles of Association RM200.00
  • 1st board director meeting RM100.00
  • Stamping, postage and dispatch fees RM250.00
  • 10 copies of M&A, common Seal, Share & minute book RM200.00
  • Printing and Stationery RM100.00
  • Services Charge RM200.00

Alamat Syarikat Mastercare Business Management:

Mastercare Business Management

Suite3.42, 3rd Floor, The Mall (Putra Place), 100 Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur.

Tel:03-2771 6002, 03-2771 1002, 03-2771 2855 Fax: 03-4044 7122

Buat pertama kali buat mesyuarat secara simple. Sambil itu, kelihatan dah nampak sedikit perubahan pada ruang pejabat.

Mulanya langkah pertama...

Blog ini wujud sebagai satu rentetan perjalanan syarikat yang dibina. Ini mungkin boleh dijadikan sebagai 'guide lines' kepada mereka yang ingin membina perniagaan sendiri.

Sesungguhnya memang termaktub yang mana 9/10 rezeki di dunia ini datangnya dari perniagaan... caiyok!!


Gambar ruang pejabat, waktu mula masuk semuanya kosong. Nampaklah sedikit ceria bila perabot dah mula di tempatkan. Perabot ni beli 'secondhand' di Junkshop dekat Desa Pandan. Amat berbaloi beli di kedai ni daripada beli baru. Lebih Jimat..


Gambar sebelum perabot dimasukkan. Susah juga untuk buat susunatur perabut sebab bentuk bilik pejabat ini bersegi-segi seperti dalam gambar di atas.