Wednesday, November 19, 2008

Maybank Caw. Setiawangsa

Semalam dah pergi buka akaun syarikat, dengan meredah hujan yang amat lebat kami tawakal sahaja agar tak terbantut lagi kerja.
Hari jumaat kalau tiada aral maka siaplah akaun dan buku cek akan diterima. Cuma semalam yang bermasalah hanyalah pengarah syarikat sebab kad pengenalan dia tak dapat dibaca oleh pengimbas mykad.

Apa yang perlu bawa pada hari jumaat ni hanyalah wang deposit tunai atau cek sebanyak RM2000.00 atau lebih.

Sekali tengok kad untuk buka akaun Maybank ni nampak macam resit pajak gadai sahaja. Untuk akaun syarikat tidak boleh semak akaun macam M2U, tapi hanya boleh buat 'phone banking' sahaja. Setiap bulan penyata akan dihantar pada alamat seperti yang tulis.