Tuesday, November 25, 2008

Buku Cek

Siap juga urusan bank hari ni, maka terimalah sebuah buku cek yang mengandungi 100 keping cek yang tidak diketahui lagi akan digunakan atau tidak. Urusan perbankan untuk akaun semasa ('current account') hanya boleh melalui Perbankan Telefon ('PhoneBanking'). Dalam akuan baru masukkan deposit RM2000.00 sahaja minggu lepas. Lepas ni nak kena masukkan lagi RM8000.00 bagi mencukupkan aliran tunai/modal berjumlah RM10,000.00 untuk syarikat.

Tadi terus pergi ke Pejabat Urusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut. Tapi dapat pergi ambik borang sahaja lah, sebab kad pengenalan belum lagi dibuat salinan. Maka esok akan bersambung lagi urusan yang amat melecehkan ini.