
Tadi terus pergi ke Pejabat Urusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut. Tapi dapat pergi ambik borang sahaja lah, sebab kad pengenalan belum lagi dibuat salinan. Maka esok akan bersambung lagi urusan yang amat melecehkan ini.
No.25 , Jalan AU2A/11 , Taman Sri Keramat , 54200 KL.

Tadi terus pergi ke Pejabat Urusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut. Tapi dapat pergi ambik borang sahaja lah, sebab kad pengenalan belum lagi dibuat salinan. Maka esok akan bersambung lagi urusan yang amat melecehkan ini.

Sekali tengok kad untuk buka akaun Maybank ni nampak macam resit pajak gadai sahaja. Untuk akaun syarikat tidak boleh semak akaun macam M2U, tapi hanya boleh buat 'phone banking' sahaja. Setiap bulan penyata akan dihantar pada alamat seperti yang tulis.

Untuk mendaftar syarikat sebagai sebuah syarikat sendirian berhad (Sdn.Bhd), ianya perlu dilakukan dengan melantik syarikat setiausaha berlesen untuk menubuhkan dan mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Rujuk pautan ini untuk lebih lanjut: http://www.ssm.com.myAlamat Syarikat Mastercare Business Management:
Mastercare Business Management
Suite3.42, 3rd Floor, The Mall (Putra Place), 100 Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur.
Tel:03-2771 6002, 03-2771 1002, 03-2771 2855 Fax: 03-4044 7122
.jpg)
Buat pertama kali buat mesyuarat secara simple. Sambil itu, kelihatan dah nampak sedikit perubahan pada ruang pejabat.
Gambar ruang pejabat, waktu mula masuk semuanya kosong. Nampaklah sedikit ceria bila perabot dah mula di tempatkan. Perabot ni beli 'secondhand' di Junkshop dekat Desa Pandan. Amat berbaloi beli di kedai ni daripada beli baru. Lebih Jimat..
Gambar sebelum perabot dimasukkan. Susah juga untuk buat susunatur perabut sebab bentuk bilik pejabat ini bersegi-segi seperti dalam gambar di atas.
